No Other
Jumaat, 16 Mac 2012 | 7:57 PTG | 0 comments
“Kring! Kring!” kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat. Suasana di Shin Hwa High School gamat. Semua pelajar terburu-buru untuk kembali ke kelas. Puan Cheryl masuk ke kelas dan diikuti oleh seorang pelajar yang boleh tahan cantiknya.
“Piwwittt!” kedengaran suara-suara nakal di belakang kelas.
“Perhatian. Ini rakan baru kamu semua, Seo Hyun.”
“Oh!” satu kelas bersuara.
“Annyeong! Saya Seo Hyun. Selamat berkenalan. Saya harap kamu semua mahu berkawan dengan saya.” Suara lembut Seo Hyun menyapa mesra rakan-rakan barunya. Kelihatannya, ramai pelajar lelaki yang sudah cair.
“Baiklah. Kamu boleh duduk di sebelah Nicole.”
“Baiklah, puan.”
Sejak kehadiran Seo Hyun di situ, dia menjadi tumpuan para pelajar lelaki. Tetapi, Nicole yang sudah menjadi rakan karibnya sering menasihatinya supaya berhati-hati dalam memilih kawan lelaki. Seo Hyun mengerti niat rakannya yang tidak ingin dia hanyut.
Nicole berkawan rapat dengan sekumpulan pelajar lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai E.L.F iaitu singkatan daripada Ever Lasting Friends. Nicole memperkenalkan Seo Hyun kepada mereka.
“Seo Hyun, kenalkan. Ini Lee Teuk, Hee Chul, Siwon, Shin Dong, Yesung, Sung Min, Eun Hyuk, Dong Hae, Ryeo Wook dan Kyuhyun.”
“Annyeong!” mereka bersalaman.
“Wah, kamu semua memang berkawan rapat ke?”
“Mestilah, kami semua tak boleh berpisah.” Lee Teuk menjawab soalan Seo Hyun.
“Cantiklah kawan awak ni, Nicole,” puji Hee Chul. Pipi Seo Hyun berona merah.
“Hee Chul, jaga sikit. Marah So Hee nanti.” Nicole mengingatkan. Mereka semua tertawa.
Mereka semua berkawan baik sejak itu. Tetapi Seo Hyun dapat merasakan sesuatu yang aneh apabila Kyuhyun melihat matanya.
‘Apakah aku dilamun cinta?’ monolog Seo Hyun. Tetapi, dia juga berasa aneh dengan kelakuan Kyuhyun sejak akhir-akhir ini. Apabila Kyhyun bersama Seo Hyun, dia lebih suka mendiamkan diri tetapi sebaliknya apabila bersama E.L.F.
“Nicole, belikan saya aiskrim. Sudah lama saya tak makan aiskrim.” Seo Hyun berkata kepada Nicole.
“Boleh, tapi dengan satu syarat. Awak kena peluk Kyuhyun dulu.” Lantas, Nicole menolak Seo Hyun. Seo Hyun hampir terjatuh dan dia terpeluk Kyuhyun yang hanya berada tak sampai satu meter dengannya. Ketika itu, E.L.F bersorak kepada mereka. Betapa malunya mereka ketika itu.
Ya... sejak itulah, Kyuhyun mula membatu diri ketika berhadapan dengan Seo Hyun. Adakah dia masih malu? Atau dia juga mempunyai perasaan yang sama? Seo Hyun menghantar SMS kepada Kyuhyun untuk mendapatkan kepastian.
Kyuhyun, kenapa dengan awak ni?
Kenapa apa?
Dia bertanya kembali.
Awak marahkan saya ke?
Marah kenapa pula?
Begitulah... soalan dijawab dengan soalan. Seo Hyun semakin naik angin.
Saya tak fahamlah dengan awak ni.
Awak memang tak akan faham.
Kenapa?
Perbualan mereka melalui SMS terhenti di situ sahaja. Seo Hyun menghantar SMS lagi.
Kenapa? Kenapa? Kenapa?!
Tiba-tiba kedengaran ringtone ‘Oh!’ memecah suasana. Cepat-cepat Seo Hyun mengangkat telefon. Dia gembira kerana Kyuhyun yang menelefonnya.
“Awak nak tahu sangat ke? Baiklah, saya akan beritahu sekarang. Saya sukakan awak dan saya cintakan awak. Tapi, saya tahu awak tak sukakan saya. Sebab itulah, kalau boleh saya nak menjauhkan diri daripada awak supaya hati saya tak disakiti.”
Seo Hyun tersentak dengan pengakuan Kyuhyun. “Kyuhyun, saya sukakan awak juga. Cuma awak je yang tak sedar.”
“Apa? Betul ke? Whoa! Boleh kita couple?”
“Boleh, tapi dengan satu syarat.”
“Apa syaratnya?”
“Awak tak boleh melampaui batas, k?”
“Tentulah.” Mereka tersenyum girang.
Keesokan harinya, mereka kembali mesra dan diraikan oleh Nicole dan E.L.F.
“Seo Hyun, awak buat pilihan yang tepat.” Kata Nicole.
Mereka meraikan Kyuhyun dan Seo Hyun sempena hubungan mereka di sebuah restoran. Restoran itu riuh rendah sebaik sahaja kehadiran mereka di situ. Seo Hyun dan Kyuhyun berasa sangat bahagia ketika itu.
Semakin hari, cinta mereka semakin menebal. Sehinggalah pada suatu hari, seorang lagi pelajar baru yang mendaftar di sekolah tersebut.
Kalau dulu, Seo Hyun menjadi tumpuan pelajar lelaki kerana kecomelan dan sopan santunnya, tetapi pelajar baru ini berjaya mencuri perhatian para pelajar di situ kerana keseksiannya. Pelajar tersebut bernama Jessica. Dia berada di kelas yang sama dengan Seo Hyun, Nicole dan E.L.F.
Dalam diam, Jessica turut menyimpan perasaan terhadap Kyuhyun dan dia sering mencuba untuk mendekati Kyuhyun walaupun dia mengetahui hubungan Kyuhyun dengan Seo Hyun. Mujurlah, Kyuhyun masih dapat mempertahankan cintanya terhadap Seo Hyun.
Jessica cuba merampas Kyuhyun daripada Seo Hyun. Dia merancang pelbagai strategi untuk menjerat Kyuhyun tetap tak berjaya kerana cinta mereka yang begitu mendalam. Akhirnya, Jessica mendapat idea yang sangat bernas.
Sedang Kyuhyun berjalan-jalan di tepi pantai bersama Seo Hyun, “Awak ingat tak lagi incident yang berlaku di sini?” Seo Hyun bertanya.
“Incident apa ek? Seingat saya, aiskrim jatuh atas kepala awak kot.”
“Ish, apalah awak ni. Takpelah, awak dah tak ingat dah.”
Kyuhyun cuba memujuk hati Seo Hyun yang merajuk. “Mana ada. Mestilah saya ingat peristiwa terindah tu. Nasib baik Nicole tolak awak masa tu. Kalau dia tak tolak awak, mesti awak tak akan jatuh cinta pada saya kan?”
“Apalah awak ni, kalau dah takdir menentukan saya jatuh cinta dengan awak payah tunggu Nicole tolak pun.”Mereka ketawa.
“Eh!Aiskrim.Awak tunggu sekejap ek.Saya nak pergi beli aiskrim kejap.” Seo Hyun pergi meninggalkan Kyuhyun.
“Ish!Pantang jumpa aiskrim.” Kyuhyun bermonolog sendirian.
“Tritt! Tritt!” Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada SMS.
‘Eh, dari Jessica. Apa dia nak lagi ni?’ hatinya berkata.
Kyuhyun terkejut melihat foto yang dikirimkan Jessica itu. Juga berserta ugutan berbunyi, ‘jauhi Seo Hyun, couple dengan aku atau foto ini aku hantar kepada Seo Hyun!’
Kyuhyun tersentak dengan ugutan itu. Apa yang harus dia lakukan? Dia termenung panjang.
‘Bagaimana jika Seo Hyun mendapat tahu tentang ini? Walaupun ianya tak benar, tetapi aku dapat rasakan Seo Hyun yang aku cintai akan meninggalkan aku. Aku tak mampu hidup tanpa Seo Hyun.’
“Opocot Seo Hyun sayang!” Kyuhyun melatah setelah dikejutkan oleh Seo Hyun. Lamunannya terhenti serta-merta. Seo Hyun tersenyum girang.
“Oh, fikirkan saya rupanya. Ingatkan fikirkan siapalah tadi.” Kyuhyun hanya tersenyum melihat telatah Seo Hyun yang lucu.
‘Adakah aku dapat melihat senyuman ini lagi? Tidak! Aku harus menceritakan perkara yang sebenarnya kpd Seo Hyun. Ya, harus!’ Kyuhyun b’azam.
“Awak!” Kedua-duanya b’kata serentak.
“Hahaha!” Mereka ketawa.
“Tak apalah. Awak ckplah dahulu. Ladies first.” Kyuhyun beralah.
“Ok, sebenarnya mama nak jumpa saya. So, saya dengan papa kena balik Australia hujung minggu ni. Saya pun terkejut. Baru je tadi papa beritahu.” Kyuhyun mendengar dengan hati yang khusyuk.
“Oh.... so awak pergi lama tak?”
“Sekejap aje, seminggu. Tapi, kalau boleh awak tolong beritahu pada Nicole and your E.L.F k?”
‘Seminggu? Ahhhh!! Sehari tak tengok senyuman awak pun, saya dah rasa macam nak pitam!’ monolog Kyuhyun.
“Nanti saya beli souvenir untuk korang. Tapi, untuk awak yang special punya.” Kyuhyun hanya senyum.
“Oh ya! Awak nak cakap apa tadi?” tanya Seo Hyun.
Kyuhyun mula berfikir semula. ‘Nak ke tak nak?’
“Hei! Awak nak cakap apa tadi?”
“Tak ada apalah. Lupa pulak. Hihi.”
“Awak ni ada-ada jelah.”
Semenjak ketiadaan Seo Hyun, Jessica semakin galak menghampiri Kyuhyun. Kyuhyun semakin rimas dengannya. Tetapi disebabkan foto yang masih belum terungkap kebenarannya, dia terpaksa menghadapi Jessica.
Disebabkan E.L.F tak mengetahui kebenarannya, dia sering dinasihati oleh Nicole & E.L.F...
“Aku terpaksa.” Hanya itu yang dikatakannya kepada E.L.F dan Nicole. Yesung yang juga menyimpan perasaan kepada Seo Hyun semakin geram dengan Kyuhyun. Dia rela melepaskan Seo Hyun demi kebahagiaan kawan baiknya. Tetapi, pengorbanannya itu dibalas dengan kecurangan Kyuhyun terhadap Seo Hyun.
“Annyeong, semua!” Seo Hyun kembali ke sekolah dengan riang tanpa mengetahui masalah yang sebenarnya. Nicole dan E.L.F hanya tersenyum menyembunyikan masalahnya.
“Eh! Apa senyum-senyum ni, tolonglah ambil barang-barang ni. Tak nak ke?”
“Yea!!” E.L.F bersorak kegirangan apabila melihat hadiah yang berada dalam beg kertas yang dibawa oleh Seo Hyun.
“Oh ya! Kyuhyun mana ye?” Tiba-tiba je suasana menjadi suram.
“Hello! Saya tanya ni.... Kyuhyun mana?”
Senyap lagi.
“Korang ni kenapa? Saya tanya ni.... buah hati saya tu mana?”
“Tanyalah dia sendiri!” Tersentak Seo Hyun mendengar tengkingan Yesung.
“Mianeiyo.” Dia pergi meninggalkan mereka semua. Ryeo Wook mengekorinya dari belakang. Nicole, Seo Hyun dan E.L.F yang lain terpinga-pinga.
“Bro.... apasal kau emo sangat tadi? Tak pernah aku tengok kau macam tu sebelum ni.” Ryeo Wook bertanya.
“Tak ada apalah. Aku fikir pasal assignment jer, serabut arrr kepala aku.”
“Alah, aku tahu kau bohong. Kau tak pernah fikir pun pasal assignment. Lagipun, mana ada assignment sekarang ni.” Yesung senyap.
“Kalau ada masalah, ceritalah kat kitorang. Kita kan E.L.F. Apa guna kawan kalau nak pendam masalah sorang-sorang.”
“Betul ke kau nak dengar masalah aku ni?” Ryeo Wook tersenyum tanda mengiakan.
“Tapi, aku ready lah. Aku takut nanti korang marahkan aku.”
“Takpelah, kalau tak ready lagi, aku tak paksa. Aku pergi dululah. Nanti diorang kata apa pulak.” Tetapi, niat Ryeo Wook untuk pergi terbantut apabila Yesung memanggilnya.
“Ok. Aku cerita, tapi kau jangan terkejut pulak.”
“Apa dia?”
“Sebenarnya aku dah lama sukakan Seo Hyun.”
“Apa?!” Ryeo Wook terkejut.
“Shhh! Slowlah sikit volume tu, nanti orang dengar, habis.”
“Ops, sorry. Patutlah kau emo sangat kebelakangan ni. Habis tu, apesal kau tak beritahu Seo Hyun?”
“Aku tak nak ganggu hubungan diorang sebab aku tahu diorang tu memang suka sama suka. Aku tak nak rosakkan kebahagiaan kawan baik aku dan orang yang aku cintai.”
“Kau memang kawan yang baik. Aku bangga ada kawan macam kau.”
“Tapi, pengorbanan aku macam sia-sia. Masa Seo Hyun takde, dia boleh jer keluar dengan Jessica, budak gedik tu.” Ryeo Wook cuma mengangguk. Dia memang pendengar yang baik.
“Tapi, aku rasa tak mungkin secepat itu, Kyuhyun berpaling. Diakan cinta mati dengan Seo Hyun. Mesti ada problem ni yang dia sembunyikan daripada kita.” Ryeo Wook memberi pendapat.
Tanpa disedari, perbincangan mereka didengari oleh Seo Hyun.
“Apa? Kyuhyun keluar dengan Jessica?” Seo Hyun mencelah. Yesung dan Ryeo Wook terkejut.
“Eh, Seo Hyun. Awak dengar ke?” nada suara Yesung terketar-ketar.
“Tolong beritahu perkara sebenar boleh tak?” pinta Seo Hyun dengan nada yang kuat. Yesung dan Ryeo Wook berpandangan sesama sendiri.
“Tolonglah!” Seo Hyun memohon. Air matanya sudah bergenang. E.L.F dan Nicole yang terdengar suara pekikan Seo Hyun yang kuat pergi ke situ untuk melihat apa yang terjadi.
Ryeo Wook hanya mengangguk.
“Sebenarnya, kami sendiri masih tertanya-tanya tentang perkara yang sebenar. Sejak awak pergi Australia, dia terus berubah. Dia sering keluar berjumpa Jessica.” Yesung bercerita.
Air mata Seo Hyun sudah tak tertahan lagi dan akhirnya tertumpah. Nicole memujuk Seo Hyun.
“Kami janji kami akan siasat perkara ni.” Lee Teuk bersumpah.
“Ya!!” E.L.F bersorak.
Seo Hyun hanya mengangguk.
“Kamsahamnida. Nasib baik aku ada kawan macam korang.”
“Aku ada rancangan!” tiba-tiba sahaja Sungmin bersuara.
“Boleh pakai ke idea kebudak-budakan kau ni?” tanya Eun Hyuk.
“Eh! Tak dengar lagi, dah kata macam tu. Tak baik tau.”
“Yalah, apa rancangannya?” Dong Hae pula bertanya.
Mereka berbincang sesama mereka dan Sungmin dengan penuh bersemangat mencurahkan ideanya.
“Hah! Amacam idea aku? Perfect tak?”
“Wow! Boleh tahan idea kebudak-budakan kau ni. It’s too perfect!” Lantas, mereka menyanyikan lagu ‘Perfection’ nyanyian Super Junior M untuk menghibur hati Seo Hyun.
Seo Hyun dan Nicole ketawa melihat gelagat mereka semua.
“Ok, kita start plan ni esok. Aku dah tak sabar ni. Tapi, siapa heronya, ya?” Shin Dong bertanya.
“Oh ya, Y esung jelah.” Ryeo Wook memberi cadangan.
“Sangat sesuai.” Hee Chul menyokong.
Keesokan harinya, Seo Hyun ‘bercouple’ pula dengan Yesung. Ini adalah sebahagian daripada rancangan mereka untuk membuat Kyuhyun cemburu.
“Dear! Nak aiskrim perisa apa?” Yesung bertanya kepada Seo Hyun setelah menyedari kehadiran Kyuhyun di situ.
“Saya nak coklat.” Seo Hyun berpura-pura bahagia di samping Yesung. Mereka menikmati aiskrim bersama-sama.
Kyuhyun datang menemui mereka.
“Hai, Seo Hyun! Awak balik bila?”
“Hai, Seo Hyun! Awak balik bila?”
“Semalam.”
“Oh ya! Awak kata awak beli souvenir yang special untuk saya kan?”
“Ada. Awak tanya Hee Chul. Dia simpankan untuk awak.” Seo Hyun menjawab selamba tanpa kemesraan.
‘Oh! Ingin rasanya saya memeluk awak, Kyuhyun. Tapi, rancangan ini demi masa depan kita berdua. Awak yang memaksa kami berbuat seperti ini.’ Monolog Seo Hyun.
“Yesung, temankan saya shopping. Dah lama saya tak shopping. Pastu, kita tengok wayang, nak?”
“Boleh. Untuk awak, apa saja.” Kata Yesung menambahkan lagi sakit hati Kyuhyun. Ingin saja dia meraung tapi apakan daya, suaranya tidak terkeluar.
“Lee Teuk, dah call dia ke belum?” Dong Hae bertanya.
" Dah. Dia akan tolong kita. Jangan risau. Aku dah beritahu dia segala-galanya.” Mereka berdua tersenyum.
“Shin Dong, kau boleh tak berhenti makan, sekejap aje. Macamlah kau tak makan sebulan. Perut kau ni dah macam tong dram dah tau.” Usik Eun Hyuk. Mereka ketawa.
“Annyeong!” Yesung masuk ke dalam rumah.
“Hah! Baru balik. Seronok nampak keluar dengan girlfriend baru.” Kata Sungmin.
“Eh, Kyuhyun mana?” tanya Yesung sambil berbisik.
“Dia tak balik lagi.” Kata Dong Hae.
“Seronok betullah, aku pekena dia tadi. Tapi, kesian Seo Hyun. Dia asyik menangis lepas jumpa Kyuhyun tadi.” Cerita Yesung.
“Mudah-mudahan dia sabar dengan plan ni.” kata Hee Chul.
“Celaka betullah kereta ini!” sumpah Jessica sambil menendang tayar keretanya.
“Ouch!”
“Itulah. Lain kali jangan menyumpah. Tak elok.”
Jessica beralih pandangannya ke arah tuan punya suara.
‘Wow, cutenya. Lagi cute dari Kyuhyun.’ Kata Jessica dalam hati.
“Tak adalah. Tiba-tiba aja buat hal.”
“Oh, boleh saya tengok. Manalah tahu saya boleh tolong.”
“Silakan.” Jessica cuba menggoda.
“Alamak! Minta maaflah ya. Saya tak boleh tolong. Tapi saya akan call mekanik suruh dia bawa kereta awak ke bengkel.”
“Oklah.”
‘Kena naik cablah ni. Leceh betullah.’ Rungut Jessica dalam hati.
Kedengaran pemuda tersebut sedang bercakap di telefon. ‘Call mekanik kot.’
“Ok. Saya dah call mekanik. Nanti dia bawa kereta awak ke bengkel.” Kata pemuda tersebut.
“Oh ya. Saya Han Kyung. Si adik manis yang cantik lagi seksi ni apa namanya?”
Kembang-kempis hidung Jessica mendengar pujian itu. Bangga agaknya.
“Jessica.” Jawabnya sambil berjabat tangan dengan Han Kyung.
“Nama yang seksi juga. Oh ya, boleh beri no telefon? Nanti, kalau kereta awak dah siap, saya call, k?”
“Ok, boleh. 010-5637428.”
“Sekarang ni, awak nak balik dengan siapa?”
“Cab kot.”
“Alah, takkan perempuan cantik macam awak ni nak naik cab. Saya jelah yang hantar awak. Awak nak pergi mana? Balik?”
“Betul ke awak nak hantar saya? Jomlah kita pergi makan dulu. Saya belanja. Awak pilihlah tempatnya. Sebagai tanda terima kasih.”
“Boleh jugak. No hal.” Han Kyung bersetuju.
Mereka ke sebuah restoran yang agak mewah.
“Awak sengaja nak kenakan saya ke? Mentang-mentanglah saya yang belanja.”
Han Kyung ketawa.
“Kenapa awak ketawa?” Jessica tertanya-tanya.
Mereka duduk di satu tempat yang agak terlindung daripada orang ramai. Seorang pelayan lelaki datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan. Dia memberikan senarai menu kepada Jessica dan Han Kyung.
“Wah! Murahnya harga makanan di sini. Restoran mewah tapi harganya berpatutan.”
Han Kyung tersenyum melihat telatah Jessica.
Dia teringat ketika Lee Teuk menelefonnya.
“Woit! Kau tengah buat apa tu? Sibuk ke? Mengganggu kau tak?” Han Kyung tersenyum.
Begitulah.... Lee Teuk sungguh risau jika dia mengganggu orang lain.
“Tak adalah. Kenapa tiba-tiba ja call aku?”
“Aku nak minta tolong kau sikit arr.”
“Kau nak minta tolong apa?”
“Mmmm... kau tahu tak, Jessica, wanita idaman kau tu, dia baru balik dari oversea dan dia bersekolah kat sini.”
“Ya ke? Dia macam mana sekarang?” Lee Teuk hanya tersenyum.
Kasihan, Han Kyung memang sudah lama menyukai Jessica tetapi Jessica tidak menyedari kehadirannya. Akhirnya, dia menerima tugas itu dengan rela. Demi cinta. Demi kawan
“Hello... Han Kyung. Awak dengar tak?” lamunannya terhenti setelah ditegur oleh Jessica.
“Ya, kenapa?”
“Saya tanya awak ni, awak nak makan apa?”
“Oh, sama dengan awak jelah.”
“Ok. Beef chop dua, fresh orange dua.”
Pelayan tersebut terus berlalu pergi setelah mendapat pesanan.
“Awak ni kenapa termenung saja? Sakit ke?” Jessica bertanya.
“Tak adalah. Saya sihat je. Ceritalah sikit pengalaman awak pergi Paris.”
Jessica terkejut.
“Macam mana awak tahu yang saya pernah pergi Paris?”
“Awak dulu Chuan Hee High School kan?”
Jessica semakin tertanya-tanya. ‘Macam mana dia boleh tahu pasal aku?’
“Awak boleh tak berterus-terang aje pada saya. Macam mana awak tahu semua ni?”
“Nampaknya, awak memang tak cam saya. Nilah Han Kyung, budak kelas Seni Lukisan masa kat Chuan Hee dulu.”
“Oh! Betul ke ni Han Kyung si budak nerd tu? Awak dah banyak berubah betullah. Sekarang ni awak tengah buat apa?”
“Saya baru habis further study kat UK. Now, I’m free. Kerja pun tak start lagi.”
Mereka sungguh cepat mesra. Han Kyung gembira kerana dia semakin rapat dengan wanita idamannya, Jessica. Kyuhyun pula semakin cemburu dengan kemesraan teman wanitanya, Seo Hyun dengan kawan baiknya sendiri, Yesung. Rancangan ini berjalan dengan lancar.
“Seo Hyun, hari ni saya balik rumah lambat skit. Puan Cheryl minta tolong saya untuk kemas libary untuk proram esok.” Kata Nicole kepada Seo Hyun.
Seo Hyun tinggal bersama Nicole sejak papanya tinggal bersama mamanya di Australia.
“Ok, takpe. Saya minta Yesung tolong hantarkan sayalah.”
“Seo Hyun, awak masih cintakan Kyuhyun ke?”
“Kenapa awak tanya macam tu?”
“Tak adalah. Saya tengok awak semakin rapat dengan Yesung.”
“Saya rapat dengan Yesung atas dasar kawanlah. Cinta saya terhadap Kyuhyun masih setebal dulu. Saya amat rindukan saat dia membelai saya.”
Nicole tersenyum.
“Tak apa. Dah tak lama dah. Plan kita dah hampir berjaya.”
“Saya balik dulu. Annyeong!”
“Aduh!” Buku-buku yang diangkat terjatuh di atas lantai lalu terhempap kaki Nicole.
“Nicole, awak tak apa-apa ke?” Dong Hae meluru ke arah Nicole yang mengaduh kesakitan.
“Eh, Dong Hae! Sejak bila awak ada di sini? Setahu saya, di sini cuma ada saya dan Puan Cheryl.”
“Tadi, Puan Cheryl minta tolong saya juga. Dia kasihankan awak. Yelah, awak buat kerja ni sorang-sorang. Awak nikan perempuan. Mari saya tolong angkat, awak tolong susun saja.” Dong Hae memberi pendapat.
“Kamsahamnida.”
Mereka menyambung kerja.
Kerja mereka akhirnya selesai. Tetapi, hari sudah lewat petang. Dong Hae mengajak Nicole untuk makan malam dahulu. Nicole hanya bersetuju kerana dia sendiri betul-betul lapar.
“Annyeong!” Nicole masuk ke rumah dengan senyuman yang meleret.
“Kenapa senyum macam kerang busuk ni?” Seo Hyun kehairanan.
“Aku keluar dengan Dong Hae tadi lepas dia tolong aku kat library.”
Seo Hyun sudah sedia maklum dengan perasaan rakan baiknya terhadap fishy boy itu.
“Patutlah.”
Mereka senyap. Seo Hyun melihat Nicole yang sudah angau.
“Sudahlah angaumya tu. Minggu depan exam.”
“Hehehe.”
Sedang di rumah E.L.F, mereka semua sedang menonton televisyen kecuali Kyuhyun. Kyuhyun sudah jarang ‘lepak’ dengan E.L.F. Tiba-tiba kedengaran nada dering ‘No Other’ dari telefon bimbit Lee Teuk berbunyi memecah kesunyian.
‘Han Kyung? Mesti ada kena-mengena dengan Jessica.’ Monolog Lee Teuk.
Cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut.
“Apesal bro?” Lee Teuk memulakan.
“Plan kita berjaya. Jessica nak couple dengan aku!” kata Han Kyung kegirangan.
“Biar betul. Dia tahu tak kau ni siapa?” Lee Teuk tidak percaya dengan berita itu.
“Betullah. Lagipun, aku dah beritahu dia segala-galanya semasa awal pertemuan kami. Tadi, aku ajak dia couple dengan aku. Aku pun tak sangka dia terima.”
“Wah! Apa-apa pun, tahniah.”
“Kamsahamnida coz tolong aku dapatkan Jessica.”
“Sama-sama. Apa guna kawan.”
“Apehal kecoh sangat ni?” tanya Siwon kepada Lee Teuk.
“Plan kita success!” jawab Lee Teuk sambil bersorak kegirangan.
“Whoa!!!” E.L.F bersorak.
“Aku rasa dah sampai masanya.” Kata Sungmin.
Mereka mengangguk.
Mereka menuju ke bilik Kyuhyun. Sampai di depan pintu, mereka terhenti. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“Siapa nak ketuk pintu?” tanya Hee Chul.
“Ryeo Wook!” Eun Hyuk mencadangkan.
“Di saat ni, mesti dia cuma memerlukan Ryeo Wook je kan? Kalau dia tahu kita yang nak jumpa dia, mesti dia tak nak buka pintu punya.” Shin Dong menyokong.
“Tok! Tok!” Ryeo Wook mengetuk pintu.
“Opocot mak kau!”
Mereka menahan tawa terdengar Kyuhyun melatah.
“Termenunglah tu...” bisik mereka.
“Siapa tu?” Kyuhyun bertanya dari dalam bilik.
“Ni akulah, Ryeo Wook.”
“Oh, masuklah. Tak kunci pun.”
“Coish.. tak kunci rupanya, mati-mati kita ingat dia kunci pintu.” Bisik Hee Chul.
Mereka masuk ke dalam bilik didahului Ryeo Wook. Kyuhyun terkejut melihat mereka semua.
“Ish... apesal korang pulak yang masuk? Ryeo Wook!!” Kyuhyun tidak berpuas hati.
“Rileks arr bro, kitorang ni nak bincang dengan kau baik-baik,” kata Yesung.
“Baik-baik apanya rampas awek orang, ah!” kata Kyuhyun kepada Yesung.
“Oi! Kalau kau fikir dia tu awek kau, apesal kau menggatal dengan Jessica?” Yesung membalas.
Lantas, Kyuhyun meluru ke arah Yesung lalu dicapainya kolar baju Yesung. Hampir sahaja dia melepaskan buku limanya ke Yesung.
“Yesung, jangan!!!” mujurlah Lee Teuk menghalang.
Kyuhyun melepaskan kolar baju Yesung.
“Mianeiyo.” Kyuhyun berkata.
“Aku pun.”
“Sebenarnya, bukan aku sengaja nak sia-siakan Seo Hyun, tapi keadaan memaksa. Jessica ada MMS satu gambar pada aku. Jessica ugut aku, kalau aku tak menjauhi Seo Hyun, dia akan MMS gambar tu pada Seo Hyun pulak. Aku tak nak Seo Hyun terluka.”
“Macamlah apa yang kau buat ni tak melukakan hati dia.” Yesung bersuara.
“Aku tahu. Tapi, aku tak ada pilihan.”
“Boleh tak kau tunjuk gambar yang Jessica MMS pada kau tu?” pinta Lee Teuk.
Kyuhyun pun menunjukkan gambar itu kepada mereka.
“Nampak macam gambar ni diedit je,” kata Hee Chul.
“Mana kau tahu?” tanya Siwon.
“Aku tahulah perbezaan gambar ori dengan gambar editted.”
“Aku tahu gambar ni palsu, tapi, aku takut Seo Hyun salah faham.” Luah Kyuhyun.
“Sekarang ni kau tak payah risau dah. Perkara ni dah selesai.” Kata Yesung.
“Maksud kau?” Kyuhyun kehairanan.
“Jessica takkan kacau kau lagi.” Kata Lee Teuk pula.
“Apesal pulak?” Kyuhyun semakin hairan.
Mereka hanya tersenyum.
“Sebab Jessica dah ada Han Kyung.” Kyuhyun terkejut melihat Jessica yang berpegangan tangan dengan Han Kyung di hadapan muka pintu biliknya.
“Maineiyo sebab saya dah ganggu hubungan awak dengan Seo Hyun. Sekarang, saya dah sedar kalau saya berusaha mendapatkan seseorang itu dengan cara yang salah, saya tetap takkan bahagia. Sekarang, saya dah jumpa cinta sejati saya, iaitu Han Kyung.” Kata Jessica lalu mengucup pipi Han Kyung. Han Kyung membalas pula dengan ciuman di tangan mulus Jessica.
“Baguslah kalau macam tu. Aku pun terpaksa merelakan ‘awek’ aku kat kau,” kata Yesung.
Kyuhyun tersenyum.
“Gomawo sebab jagakan Seo Hyun untuk aku,”
“Cuma satu je aku mintak daripada kau. Kau jaga Seo Hyun baik-baik. Jangan sampai aku rampas dia semula daripada kau,” kata Yesung dengan penuh yakin.
Mereka ketawa. Sudah sekian lama mereka tidak ketawa bersama-sama seperti ini.
Keesokan harinya, Nicole tidak dapat hadir ke sekolah kerana tiba-tiba sahaja dia demam. Dong Hae pula menghilang tiba-tiba setelah mendapat tahu tentang Nicole.
Nada dering ‘Jumping’ mengejutkan Nicole daripada tidur nyenyaknya. ‘Siapa pulak yang kacau aku tidur ni?’ rungutnya dalam hati.
Cepat-cepat dia mengangkat telefon apabila melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya.
“Hello, kenapa awak telefon saya pagi-pagi buta ni? Awak tak ada kelas ke?” tanya Nicole.
“Seo Hyun kata awak demam. Betul ke?” tanya Dong Hae.
“Mmmm... kenapa? Awak nak rawat saya ek?”
“Kalau awak benarkan.”
“Eleh, macamlah dia tu pandai sangat. Berlagak doktorlah plak,” kata Nicole.
“Eh, ni doktor bukan sebarang doktor. Awak bukalah pintu kalau tak percaya.”
“Awak ponteng kelas ek?”
“Jangan banyak cakap boleh tak?”
“Yalah, yalah. Saya buka pintu sekarang.” Dia segera meluru ke pintu dengan penuh tanda tanya.
“Would you be my girlfriend?” Nicole terkejut melihat Dong Hae yang melutut sambil menghulur sejambak bunga carnation di hadapan pintu rumahnya.
“Nicole menerima bunga carnation itu lalu berkata, “Yes, I will!”
Dong Hae melompat kegirangan lalu memeluk Nicole. Nicole membalas pelukan Dong Hae.
“Sekarang dah sembuh?” tanya Dong Hae.
“Dah!!” jawab Nicole.
“Whoa!!!”
Dong Hae dan Nicole terkejut mendengar sorakan tersebut. Tanpa disedari, mereka diintip oleh E.L.F dan Seo Hyun.
“Anda telah diiktiraf sebagai sepasang kekasih,” usik Hee Chul.
Seo Hyun yang hendak pergi kepada Nicole, terkejut apabila tangannya ditarik oleh Kyuhyun.
“Kenapa dengan awak ni? sakitlah!” Seo Hyun masih bersikap dingin terhadap Kyuhyun.
“Seo Hyun, jeongmal mianei.”
“Awak ingat mudah ke nak maafkan kesalahan awak? Sakit hati saya bila awak buat saya macam tu.”
“Saya tahu awak marahkan saya. Tapi, semua ni salah faham.”
Kyuhyun cuba menjelaskan tetapi Seo Hyun tidak mahu mengerti. Tiba-tiba....
“Hahaha!!!” Seo Hyun ketawa.
“Kenapa awak ketawa? Saya serius ni!”
“First time saya tengok muka awak berserabut. Kelakarlah!”
Seo Hyun ketawa lagi. Kyuhyun hanya diam memerhatikan Seo Hyun.
“Oklah. Saya maafkan awak. Saya sengaja kenakan awak. Jeessica dah ceritakan semuanya. Saya dah tak marahkan awak lagi.”
Kyuhyun tersenyum gembira.
Mereka berpegangan tangan dan kembali bersama E.L.F dan Nicole.
“Eh, Yesung mana?” tanya Siwon yang baru perasan ketiadaan Yesung.
“Biarlah dia. Dia tahulah jalan balik.” Ryeo Wook menjawab. “Hurm... sololah aku sekarang ni. ‘Awek’ sudah dikebas orang.” Yesung mengeluh. Tiba-tiba...
“Ouch!”
Yesung terlanggar seorang gadis.
“Mianeiyo!” kata mereka berdua. Serentak.
Mereka tertawa seketika.
“Saya balik dulu.” Gadis itu meminta diri.
“Eh, tunggu!” Yesung menjerit memanggil gadis itu tetapi gadis itu tidak mendengar.
“Annyeong!”
“Annyeong!” sambut E.L.F ketika Yesung pulang ke rumah.
“Kenapa nampak macam ramai je? Siapa beli kasut baru? Branded tu!” kata Yesung sambil membelek sepasang kasut yang tak pernah dilihatnya.
“Woit! Jangan kacau kasut aku. Baru beli tu!”
Tekejut Yesung mendengar suara yang sudah tidak asing lagi tu.
“Kangin!”
“Ya! Tak boleh kuat lagi ke?!” Yesung memeluk kawan lamanya yang sudah lama tidak berjumpa.
“Woit! Jangan lupa aku jugak.”
“Wah, Kibum ada jugak!” Dia memeluk Kibum pula.
“Semua dah ada kat sini. Jom kita celebrate. Korang call lah awek korang. Kita pergi jemput diorang.”
Di restoran yang sama, suasana menjadi lebih riuh rendah dengan kehadiran Han Kyung, Kangin dan Kibum.
“Oh, jadi korang bertiga ni sebahagian daripada E.L.F lah?” tanya Seo Hyun.
“A’ah... tapi terpisah coz Kangin, Kibum dan Han Kyung daapt further study kat oversea.” Terang Hee Chul.
“Tapi, kami dah habis study.” Kangin, Han Kyung dan Kibum berkata serentak.
Sedang mereka berbual-bual, Yesung terpandang seorang gadis yang sedang makan berseorangan berdekatan dengan meja mereka.
‘Nampak macam familiar je.’ Monolog Yesung.
Tiba-tiba dia tersenyum sendirian. Gadis itu seperti menarik dirinya untuk mendekati gadis itu.
“Annyeong!” sapa Yesung.
“Annyeong! Macam kenal je.” Balas gadis itu.
“Alah, takkan dah lupa. Kan kita berlanggar teengah hari tadi. Jadi, ni pertemuan kita kali ke-2” Yesung mengingatkan.
“Oh ya, baru saya teringat.”
“Anyway, saya Yesung.” Yesung memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.
“Saya Yuri.” Yuri membalas huluran tangan Yesung.
“Eh, awak makan sorang-sorang ke?” tanya Yesung.
Yuri mengangguk.
“Marilah, join kami. Tu semua kawan-kawan saya.” Ajak Yesung sambil menunjuk ke arah meja E.L.F.
“Whoa, ramainya! Takutlah.” Kata Yuri sebaik sahaja melihat meja ittu.
“Alah, rileks ar. Diorang tu semua baik-baik.” Lantas, Yesung menarik tangan Yuri.
“Eh, kejap. Sup saya.”
“Ops, sorry.”
“Wei, kenalkan ni kawan baru aku. Yuri.” Sampuk Yesung.
“Selamat berkenalan.” Mereka semua bersalaman dengan Yuri.
“Argh! Kenyangnya.” Kata Kangin.
“Lee Teuk, kau pergi bayar.” Arah Shin Dong.
“Apesal aku plak? Gila aku nak bayar semua ni.” Lee Teuk mengelak.
“Apa kata kita main ‘rock, paper, scissor’? Siapa kalah, dia kena bayar.” Kibum mencadangkan.
“Ok!” sorak mereka semua.
“Ladies dikecualikan.” Kata Sungmin pula.
“Yei! Kyuhyun kalah. Kau pergi bayar.” Arah Kangin.
Kyuhyun terpaksa membayar bil mereka.
Begitulah, kebahagiaan akan hadir jika kasih suci dicurahkan dan persahabatan yang tulus dijalinkan.
Super Junior |
Seo Hyun |
Nicole |